Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
Jika sampai kepada pengetahuan sesuatu institusi tempatan berlesen bahawa apa-apa perjanjian atau perkiraan seperti yang disebutkan dalam seksyen 45 telah dilaksanakan atau hampir akan dilaksanakan berkenaan dengan institusi itu sendiri, maka institusi itu hendaklah dengan serta-merta sesudah itu melaporkannya kepada Bank dengan menerangkan dalam laporan institusi itu segala butir dan butir terperinci yang relevan yang ada dalam pengetahuannya pada masa itu.