Malaysia legislation

Section 52

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 52

(2)

Jika institusi berlesen bercadang untuk mengadakan hartanya sebagai cagaran berkenaan dengan sesuatu kemudahan kredit yang akan diberikan oleh mana-mana orang kepada institusi berlesen itu atau kepada mana-mana orang lain, maka ia hendaklah, sebelum berbuat demikian, mengemukakan satu laporan mengenai perkara itu kepada Bank.

(3)

Laporan yang dikehendaki dikemukakan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah mengandungi segala butir terperinci dan butir yang relevan mengenai transaksi itu dan hendaklah, dalam apa jua hal, termasuk yang berikut:

(i)

nama dan alamat orang-orang yang kepadanya kemudahan kredit dicadang hendak diberikan;

(ii)

nama dan alamat institusi berlesen yang hartanya diadakan sebagai cagaran bagi kemudahan kredit yang dicadangkan itu;

(iii)

butir-butir terperinci mengenai harta yang diadakan sebagai cagaran bagi kemudahan kredit yang dicadangkan itu; dan

(iv)

amaun kemudahan kredit yang dicadangkan itu.

Section 52 — BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 1989