Malaysia legislation

Section 54

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 54

(a)

berkenaan dengan apa-apa syer yang menjadi subjek pelanggaran—

(i)

melarang pemindahan, atau pelaksanaan perjanjian memindahkan, syersyer itu, atau, dalam hal syer-syer tak terbit, melarang pemindahan, atau pelaksanaan perjanjian memindahkan, hak untuk diterbitkan bersama-sama dengannya;

(ii)

melarang penggunaan apa-apa hak mengundi berkenaan dengan syer-syer itu;

(iii)

melarang terbitan apa-apa syer tambahan sebagai hak daripada syer-syer itu atau menurut apa-apa tawaran yang dibuat kepada pemegang syer; atau

(iv)

kecuali dalam hal likuidasi, melarang pembayaran apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh institusi berlesen ke atas syer-syer itu, sama ada berkenaan dengan modal atau selainnya; atau

(b)

berkenaan dengan pelanggaran terhadap seksyen 52, melarang penggunaan apa-apa hak di bawah apa-apa cagaran, atau hak memindahkan apa-apa harta yang merupakan cagaran itu.

(2)

Sesuatu perintah permulaan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada orang ingkar dengan seberapa segera yang praktik, dan boleh diumumkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Bank, jika, pada pendapat Bank, ia perlu diumumkan.

(3)

Sesuatu perintah permulaan hendaklah mengikat orang ingkar, mana-mana orang yang sedang memegang apa-apa syer yang baginya perintah itu terpakai, dan mana-mana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau yang kepadanya perintah itu ditujukan.

(4)

Mana-mana orang yang memegang apa-apa syer yang baginya suatu perintah permulaan terpakai hendaklah dalam masa tujuh hari selepas perintah itu disampaikan kepada orang ingkar, atau dalam apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Bank, menyerahkan balik syer-syer itu kepada Bank.

(5)

Tiada seorang pun boleh diberi peluang untuk didengar sebelum Bank membuat suatu perintah permulaan di bawah subseksyen (1) terhadapnya atau yang melibatkannya dengan apa-apa jua cara.

(6)

Mana-mana orang ingkar yang terhadapnya suatu perintah permulaan telah dibuat, atau manamana orang lain yang terjejas dengan perintah itu, boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu disampaikan kepada orang ingkar, membuat representasi-representasi bertulis kepada Bank memohon untuk membatalkan perintah itu atas alasan bahawa dia tidak melanggar peruntukan-peruntukan yang berhubungan dengannya perintah itu telah dibuat, atau untuk mengubahsuai perintah itu atas alasan bahawa adalah adil dan patut untuk mengubahsuainya atas sebab-sebab yang akan ditentukan dalam representasi-representasi itu.

(7)

Bank boleh, selepas menimbangkan representasi-representasi yang dibuat di bawah subseksyen (6), sama ada mengesahkan perintah permulaan itu, atau membatalkannya, atau mengubahnya mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.

(8)

Jika Bank mengesahkan sesuatu perintah permulaan, maka ia boleh melupuskan syer-syer yang diserahkan balik kepadanya di bawah subseksyen (4) kepada mana-mana orang dan pada apa-apa takat yang hendaklah konsisten dengan syer-syer yang dipegang dengan sahnya oleh pembeli di bawah Akta ini.

(9)

Hasil pelupusan syer di bawah subseksyen (8) hendaklah dibayar kepada Mahkamah Tinggi, dan mana-mana orang yang menuntut sebagai berhak secara benefisial kepada kesemua atau mana-mana bahagian hasil itu boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembayaran tersebut kepada Mahkamah Tinggi, memohon kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kamar supaya pembayaran daripada hasil itu dibuat kepadanya.

(10)

Bank boleh memberi apa-apa petunjuk atau arahan kepada pengarah-pengarah atau pegawai-pegawai institusi sebagaimana yang perlu atau dikehendaki untuk menguatkuasakan mana-mana perintah Bank di bawah seksyen ini, atau sebagaimana yang bersampingan, berdampingan atau berbangkit dengan perintah itu.

(11)

Apa-apa transaksi, termasuk apa-apa perjanjian atau perkiraan berhubungan dengan apa-apa syer, atau kepentingan dalam syer, atau cagaran, yang berlanggaran dengan mana-mana perintah permulaan, atau apa-apa perintah yang disahkan di bawah subseksyen (7), atau apa-apa petunjuk atau arahan yang diberi oleh Bank di bawah subseksyen (10), hendaklah terbatal dan tidak mempunyai kuatkuasa.

(12)

Hal puas hati Bank di bawah subseksyen (1) bahawa mana-mana peruntukan Akta ini yang disebutkan di dalamnya telah dilanggar oleh mana-mana orang boleh dibuat kesimpulan daripadanya tidak kira sama ada apa-apa pendakwaan diambil ataupun tidak terhadap mana-mana orang bagi pelanggaran itu.