Malaysia legislation

Section 56

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 56

(a)

jika dia seorang bankrap, telah menggantung pembayaran, atau telah menyelesaikan pembayaran dengan pemiutang-pemiutangnya, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b)

tanpa menjejaskan perenggan (c), jika suatu pertuduhan atas kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang boleh dihukum penjara selama satu tahun atau lebih, sama ada hukuman penjara sahaja, atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, denda, telah dibuktikan terhadapnya di manamana mahkamah di dalam atau di luar Malaysia;

(c)

jika suatu pertuduhan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dibuktikan terhadapnya;

(d)

jika terhadapnya telah dibuat apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika ke atasnya telah dikenakan apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan melalui bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan jenayah, atau dengan tahanan pencegahan bagi pencegahan jenayah atau pengedaran dadah, atau dengan kediaman terhad, atau dengan buang negeri atau imigresen; atau

(e)

jika dia telah menjadi seorang pengarah, atau secara langsung bersangkut-paut dalam pengurusan, mana-mana perbadanan yang sedang atau telah digulungkan oleh mahkamah atau/pihak berkuasa kompeten yang lain untuk berbuat demikian di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana institusi berlesen, yang lesennya telah dibatalkan di bawah Akta ini.

(2)

Jika seseorang adalah tertakluk kepada kehilangan kelayakan di bawah subseksyen (1) (e), maka dia boleh, dengan persetujuan bertulis institusi yang dia hendak dilantik atau dipilih di dalamnya, memohon kepada Menteri secara bertulis untuk mengecualikannya daripada kehilangan kelayakan di bawah subseksyen itu, dan Menteri boleh, atas syor Bank, memberi pengecualian tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Menteri, atas syor Bank.

(3)

Jika seseorang yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai yang bersangkutpaut dalam pengurusan, sesuatu institusi berlesen, menjadi tertakluk kepada apa-apa kehilangan kelayakan yang disebutkan dalam subseksyen (1), maka dia hendaklah dengan serta-merta sesudah itu terhenti memegang jawatan dan bertindak sebagai yang sedemikian, dan institusi berkenaan hendaklah dengan serta-merta sesudah itu menamatkan perlantikannya atas sifat yang sedemikian.

(4)

Semasa belum selesainya apa-apa prosiding jenayah dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa kesalahan sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (1) (b) atau (c) terhadap mana-mana orang yang menjadi seorang pengarah, pengurus, setiausaha, atau lain-lain pegawai yang bersangkut-paut dalam pengurusan sesuatu institusi berlesen, maka orang itu tidaklah boleh bertindak atas sifat sedemikian, atau memegang apa-apa jawatan lain, atau bertindak atas apa-apa sifat lain, dalam institusi berlesen itu, atau dengan apa-apa jua cara, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, bersangkut-paut dengan, atau mengambil bahagian atau terlibat dalam, apa-apa jua pun aktiviti, hal-ehwal atau perniagaan bagi atau berhubungan dengan institusi berlesen itu, kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Bank, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Bank.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), prosiding jenayah yang disebutkan di dalamnya hendaklah disifatkan belum selesai dari tarikh orang dituduh mula-mulanya dipertuduhkan dalam mahkamah bagi kesalahan itu sehinggalah tarikh keputusan muktamad akan prosiding itu, sama ada di dalam mahkamah berbidang kuasa asal atau, sekiranya ada apa-apa rayuan oleh mana-mana pihak, di dalam mahkamah berbidang kuasa rayuan yang akhir.

(a)

seorang individu; dan

(b)

bermastautin di Malaysia di sepanjang tempoh perlantikannya.