Malaysia legislation
Section 61
Seksyen 61
(2)
Peruntukan-peruntukan subseksyen (1) tidaklah terpakai—
(a)
jika orang seorang yang disebutkan di dalamnya adalah suatu institusi berlesen yang lain atau mana-mana orang yang ditentukan oleh Bank yang terlibat dalam penyediaan pembaiyaan;
(b)
bagi apa-apa kemudahan kredit yang diberikan kepada, atau liabiliti yang ditanggung bagi pihak, mana-mana orang oleh sesuatu institusi berlesen berkenaan dengan import ke dalam atau eksport dari Malaysia atau perdagangan di dalam Malaysia bersandarkan surat-surat kredit atau bil-bil pertukaran; atau
(c)
bagi apa-apa transaksi yang ditentukan oleh Bank yang dibuat dengan mana-mana orang tertentu, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan orang, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh membenarkan sesuatu syarikat diskaun berlesen atau broker wang berlesen supaya memberi kepada manamana orang apa-apa kemudahan kredit atau menanggung apa-apa liabiliti bagi pihaknya, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Bank, yang mana kelulusan itu boleh menentukan syarat-syarat yang tertakluk kepadanya kemudahan kredit itu mungkin diberikan atau liabiliti itu mungkin ditanggung, mengikut mana yang berkenaan.
(4)
Bagi maksud-maksud seksyen ini, dalam menghitung amaun apa-apa kemudahan kredit yang diberikan kepada orang seorang, atau apa-apa liabiliti yang ditanggung bagi pihak orang seorang, apa-apa kemudahan kredit yang diberikan kepada, atau apa-apa liabiliti yang ditanggung bagi pihak, orang-orang yang berikut, hendaklah disifatkan sebagai suatu kemudahan kredit yang diberikan kepada, atau suatu liabiliti yang ditanggung bagi pihak, orang seorang tersebut:
(a)
jika orang seorang itu adalah seorang individu, suami atau isterinya, anaknya atau perbadanan keluarganya;
(b)
jika orang seorang itu adalah suatu perbadanan, perbadanan berkaitan atau sekutunya;
(c)
jika orang seorang itu adalah suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah manamana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi, subsidiari-subsidiarinya sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Koperasi 1948, dan perbadanan-perbadanan berkaitan atau sekutu bagi subsidiari-subsidiari itu; atau
(d)
orang-orang yang bertindak bersama-sama dengan orang seorang itu:
Dengan syarat bahawa Bank boleh menentukan bahawa kesemua atau mana-mana orang, atau manamana orang tertentu, atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang, yang tersebut dalam perenggan-perenggan di atas hendaklah dikecualikan daripada pemakaian subseksyen ini berhubungan dengan manamana orang seorang tertentu, atau mana-mana kelas, kategori, atau perihalan orang seorang, yang kepadanya kemudahan kredit diberikan, dan serentak dengan itu menentukan kriteria atau asas yang berasaskannya orang atau orang-orang tersebut hendak dikecualikan sedemikian.
(5)
Bagi maksud-maksud subseksyen (4) (a), "perbadanan keluarga" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 46 (4).