Malaysia legislation

Section 62

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 62

(a)

mana-mana pengarah atau pegawainya atau mana-mana orang lain yang menerima saraan daripadanya (selain daripada mana-mana akauntan, peguambela, arkitek, ejen harta tanah, doktor dan mana-mana orang lain yang menerima saraan daripadanya berkenaan dengan perkhidmatan profesionalnya);

(b)

mana-mana badan yang diperbadankan atau tak diperbadankan, atau suatu ketuanpunyaan tunggal, yang mana-mana pengarah atau pegawainya adalah seorang pengarah atau pengurus, atau yang baginya mana-mana pengarah atau pegawainya adalah seorang penjamin atau ejen;

(c)

mana-mana perbadanan yang mana-mana pengarah atau pegawainya mempunyai apa-apa kepentingan dalam syer perbadanan itu; dan

(d)

mana-mana orang yang baginya mana-mana pengarah atau pegawainya telah memberikan apa-apa jaminan atau apa-apa jua pun akujanji lain yang melibatkan liabiliti kewangan.

(2)

Sesuatu institusi berlesen boleh memberi kepada mana-mana pegawainya atau pengarah eksekutifnya—

(a)

apa-apa pinjaman yang diperuntukkan di bawah skim perkhidmatannya; atau

(b)

jika tiada peruntukan sedemikian dan institusi itu berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan khas atau belas kasihan, pinjaman tidak melebihi pada sesuatu masa—

(i)

enam bulan saraan pegawai atau pengarah eksekutif itu; atau

(ii)

saraannya bagi apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Bank, dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh institusi itu.

(3)

Peruntukan-peruntukan—

(a)

subseksyen (1) (a) tidaklah terpakai bagi pemberian apa-apa kemudahan kredit kepada suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa seseorang pegawai, termasuk seseorang pengarah eksekutif, institusi berlesen itu untuk membeli rumah; dan

(b)

subseksyen (1) (c) tidaklah terpakai bagi pemberian apa-apa kemudahan kredit oleh sesuatu institusi berlesen kepada—

(i)

sesuatu perbadanan yang mana-mana pengarah eksekutif atau pegawai institusi berlesen itu mempunyai suatu kepentingan kurang daripada lima peratus daripada syer-syer perbadanan itu;

(ii)

sesuatu perbadanan yang disenaraikan di bursa saham yang diiktiraf dan yang mana tiada pengarah, yang bukannya seorang pengarah eksekutif, bagi institusi berlesen itu mempunyai apa-apa kepentingan lebih daripada lima peratus daripada syer-syer mengundi perbadanan itu; atau

(iii)

sesuatu perbadanan yang seseorang pengarah, yang bukannya seorang pengarah eksekutif, bagi institusi berlesen itu tidak mempunyai apa-apa kepentingan atas sifat peribadinya.

(b)

terma-terma kemudahan kredit kepada institusi berlesen itu adalah tidak kurang baiknya daripada terma-terma yang biasanya ditawarkan kepada orang-orang lain;

(4)

Bagi maksud-maksud seksyen ini, "pengarah" atau "pegawai" termasuklah suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa seseorang pengarah atau pegawai.

(c)

pemberian kemudahan kredit itu adalah bagi kepentingan institusi berlesen itu; dan