Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
Tiada institusi berlesen boleh memberi apa-apa kemudahan kredit di bawah apa-apa pengecualian oleh Bank yang disebutkan dalam seksyen 62 (1), atau memberi apa-apa kemudahan kredit di bawah seksyen 62 (3), melainkan jika syarat-syarat yang berikut ditunaikan:
(a)
orang yang kepadanya kemudahan kredit diberikan mempunyai kelayakan kredit yang tidak kurang daripada kemudahan kredit yang biasanya dikehendaki oleh institusi itu daripada orang-orang lain yang kepadanya kemudahan-kemudahan kredit diberikan;
(d)
kemudahan kredit itu diluluskan oleh semua pengarah lain institusi berlesen itu di suatu mesyuarat pengarah-pengarah yang dianggotai dengan sempurnanya di mana tidak kurang daripada tiga suku daripada semua pengarah institusi berlesen itu hadir dan kelulusan tersebut dieatatkan dalam minit-minit mesyuarat itu.