Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
(2)
Bagi maksud-maksud subseksyen (1), suatu notis am bertulis yang disampaikan kepada setiap seorang pengarah sesuatu institusi berlesen yang disebutkan dalam subseksyen itu oleh seseorang pengarah yang bermaksud bahawa dia adalah seorang pengarah, pegawai atau anggota badan yang diperbadankan atau tak diperbadankan, atau seseorang pengarah atau pegawai ketuanpunyaan tunggal, yang kepadanya kemudahan kredit dicadang diberikan hendaklah disifatkan sebagai perisytiharan kepentingan yang memadai berhubungan dengan kemudahan kredit yang dicadangkan itu jika peruntukan-peruntukan subseksyen (3) juga dipatuhi.
(3)
Sesuatu notis di bawah subseksyen (2) hendaklah—
(a)
menentukan jenis dan takat kepentingan pengarah dalam badan atau ketuan-punyaan tunggal yang disebutkan dalam subseksyen itu; dan.
(b)
dikemukakan dan dibaca di mesyuarat pengarah-pengarah institusi di mana notis itu disampaikan atau, jika ia tidak disampaikan di mesyuarat pengarah-pengarah, di mesyuarat pengarah-pengarah yang berikutnya selepas ia disampaikan kepada setiap seorang pengarah itu.
(4)
Tiap-tiap pengarah sesuatu institusi tempatan berlesen yang memegang apa-apa jawatan, atau memiliki apa-apa harta, dengan mana, secara langsung atau secara tak langsung, kewajipan atau kepentingan mungkin diwujudkan bercanggahan dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai pengarah institusi berlesen tersebut, hendaklah mengisytiharkan di mesyuarat pengarah-pengarah institusi berlesen itu hakikat tentang pemegangan jawatan itu atau pemilikan harta itu olehnya dan jenis, sifat dan takat percanggahan itu.
(5)
Perisytiharan yang disebutkan dalam subseksyen (4) hendaklah dibuat di mesyuarat pengarah-pengarah yang pertama yang diadakan—
(a)
selepas dia menjadi pengarah institusi berlesen itu;
(b)
jika telahpun menjadi pengarah, selepas dia mula memegang jawatan atau memiliki harta itu; atau
(c)
selepas tarikh berkuatkuasa, jika telahpun menjadi pengarah, sebelum sahaja tarikh berkuatkuasa, sesuatu syarikat diskaun berlesen atau sesuatu broker wang berlesen, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6)
Setiausaha institusi berlesen atau pegawainya yang lain yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah mencatatkan apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini di dalam minit-minit mesyuarat di mana perisytiharan itu dibuat atau di mana ia dikemukakan dan dibaca.