Malaysia legislation
Section 65
Seksyen 65
(2)
Bank boleh melalui notis bertulis mengarahkan sesuatu institusi berlesen supaya—
(a)
mengemukakan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan polisi dan prosedurnya mengenai pemberian apa-apa kemudahan kredit;
(b)
mengemukakan satu laporan mengenai sekatan atau terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan, arahan-arahan yang diberikan, dan perjanjian-perjanjian yang dibuat, berhubungan dengan kuasa tiap-tiap pengarah atau pegawai institusi yang dibenarkan memberi kemudahan-kemudahan kredit atau menjalankan apa-apa kuasa berkenaan dengannya itu; atau
(c)
membuat apa-apa pindaan kepada polisi atau prosedur yang disebutkan dalam perenggan (a), atau supaya membuat apa-apa pengubahan mengenai perkara-perkara yang disebutkan dalam perenggan (b), sebagaimana yang difikirkan patut dan sesuai oleh Bank, sama ada secara am, atau berhubungan dengan apa-apa kelas pengarah atau pegawai, atau berhubungan dengan mana-mana pengarah atau pegawai tertentu, dan pindaan-pindaan serta pengubahan-pengubahan itu hendaklah mengikat institusi itu dan pengarah-pengarah serta pegawai-pegawainya.