Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
Tertakluk kepada apa-apa jua yang ditetapkan di bawah seksyen 60 (9), Bank boleh menentukan batasan-batasan, terma-terma dan syarat-syarat berkenaan dengan pemberian apa-apa kelas, kategori atau perihalan kemudahan kredit yang akan diberikan oleh mana-mana institusi berlesen, termasuk pemberian apa-apa kemudahan kredit kepada mana-mana orang—
(a)
bagi maksud membiayai—
(i)
pembelian /syer-syer atau pembuatan apa-apa pembayaran yang mungkin kena dibayar atas /syer-syer yang telah pun dibeli; atau
(ii)
pembelian atau pembangunan harta tak alih; atau
(b)
bercagarkan syer-syer atau harta tak alih.