Malaysia legislation

Section 6

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 6

(2)

Apabila membuat syor sama ada Menteri patut memberi atau menolak lesen, Bank boleh mengambil kira apa-apa perkara yang berhubungan—

(a)

dengan mana-mana orang yang atau akan diambil kerja oleh, atau bersekutu dengan, pemohon bagi maksud perniagaan pemohon; dan

(b)

dengan mana-mana perbadanan berkaitan atau sekutu atau dengan mana-mana pengarah atau pengawal mana-mana perbadanan itu.

(3)

Suatu syor untuk memberi lesen tidaklah boleh dibuat jika Bank berpuas hati bahawa ia akan berlawanan dengan mana-mana peruntukan lain Akta ini untuk memberi lesen, atau bahawa ia akan memudaratkan kekukuhan struktur kewangan Malaysia untuk berbuat demikian.

(4)

Apabila menerima suatu permohonan dan syor Bank di bawah seksyen ini, Menteri boleh memberi lesen, dengan atau tanpa syarat, atau enggan memberi lesen.

(5)

Jika Menteri menolak sesuatu permohonan, maka Bank hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakannya.