Malaysia legislation

Section 73

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 73

(a)

sesuatu institusi berlesen memberitahu Bank—

(i)

bahawa ia tak solven;

(ii)

bahawa ia mungkin akan menjadi tak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya; atau

(iii)

bahawa ia hampir hendak menggantung pembayaran kepada apa-apa takat; atau

(b)

sama ada selepas suatu pemeriksaan di bawah seksyen 69 atau 70, atau bagaimana jua pun selainnya, Bank berpuas hati bahawa sesuatu institusi berlesen—

(i)

sedang menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit-pendepositnya, atau pemiutang-pemiutangnya, atau orang awam secara amnya;

(ii)

adalah tak solven, atau telah menjadi atau mungkin akan menjadi tak ber-upaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya, atau hampir hendak menggantung pembayaran kepada apa-apa takat; atau

(iii)

telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau Ordinan, atau mana-mana syarat lesennya, atau/peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, tidak kira tiada dakwaan jenayah berkenaan dengannya, maka Bank boleh, melalui perintah bertulis, menjalankan mana-mana satu atau lebih kuasa-kuasa yang berikut, sebagaimana yang difikirkannya perlu:

(A)

menghendaki institusi berlesen itu supaya mengambil apa-apa langkah, atau apa-apa tindakan, atau melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau perkara, apa-apa jua pun, berhubungan dengan institusi itu, atau perniagaannya, atau pengarah-pengarah atau pegawai-pegawainya, yang difikirkan perlu dan yang diterangkan oleh Bank dalam perintah, dalam tempoh masa yang diterangkan di dalamnya;

(B)

melarang sesuatu institusi berlesen daripada memberi apa-apa kemudahan kredit selanjutnya bagi apa-apa tempoh yang diterangkan dalam perintah itu, dan menjadikan larangan itu tertakluk kepada apa-apa kekecualian, dan mengenakan apa-apa syarat berhubungan dengan kekecualian itu, sebagaimana yang diterangkan dalam perintah itu dan, dari semasa ke semasa, melalui perintah selanjutnya yang dibuat mengikut cara yang sama, melanjutkan tempoh yang disebut terdahulu;

(C)

walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa batasan yang terkandung dalam dokumen-dokumen konstituen institusi berlesen, kerana sebab-sebab yang akan direkodkannya secara bertulis, memecat daripada jawatan, mulai dari suatu tarikh yang diterangkan dalam perintah itu, mana-mana pegawai institusi berlesen itu;

(D)

berkenaan dengan sesuatu institusi tempatan berlesen, walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa batasan yang terkandung dalam dokumen-dokumen konstituen institusi berlesen itu, dan, khususnya, walaupun apa apa batasan di dalamnya tentang bilangan minimum atau maksimum pengarah, kerana sebab-sebab yang akan direkodkan olehnya secara bertulis—

(i)

memecat daripada jawatan, mulai dari suatu tarikh yang diterangkan dalam perintah itu, mana-mana pengarah institusi berlesen itu; atau

(ii)

melantik mana-mana orang atau orangorang sebagai pengarah atau pengarahpengarah institusi berlesen, dan mengadakan peruntukan dalam perintah itu supaya orang atau orang-orang yang dilantik sedemikiän dibayar oleh institusi itu apa-apa saraan sebagaimana yang diterangkan dalam perintah itu; atau

(E)

melantik seseorang untuk menasihati institusi berlesen berhubungan dengan penjalanan perniagaannya dengan sepatutnya, dan mengadakan peruntukan dalam perintah itu supaya orang yang dilantik sedemikian dibayar oleh institusi itu apa-apa saraan sebagaimana yang diterangkan dalam perintah itu:

Dengan syarat bahawa kuasa-kuasa Bank di bawah perenggan (B), (C), (D) dan (E) hendaklah dijalankan hanya dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan Menteri.

(2)

Jika mana-mana hal keadaan yang diterangkan dalam perenggan (a) dan (b) subseksyen (1) wujud berkenaan dengan sesuatu institusi tempatan berlesen, maka Bank boleh, sebagai ganti menjalankan manamana kuasanya di bawah perenggan (A), (B), (C), (D) atau (E) subseksyen (1), mengesyorkan kepada

Menteri supaya mengadakan peruntukan, dan Menteri boleh atas syor yang sedemikian dengan sewajarnya mengadakan peruntukan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

bagi bank mengambil alih kawalan kesemua harta, perniagaan dan hal-ehwal institusi berlesen, dan menjalankan kesemua perniagaan dan hal-ehwalnya, atau mengambil alih kawalan apa-apa bahagian harta, perniagaan dan hal-ehwalnya, dan menjalankan apa-apa bahagian perniagaan dan hal-ehwalnya, sebagaimana yang diterangkan dalam perintah itu, atau bagi Bank melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak Bank, dan bagi kos dan perbelanjaan Bank, atau saraan orang yang dilantik sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, kena dibayar daripada wang dan harta-harta institusi sebagai gadaian pertama ke atasnya;

(b)

sama ada sesuatu perintah telah dibuat ataupun tidak di bawah perenggan (a), membenarkan permohonan dibuat oleh Bank kepada Mahkamah Tinggi untuk melantik seorang penerima atau pengurus untuk menguruskan kesemua perniagaan, hal-ehwal dan harta institusi berlesen, atau apa-apa bahagian perniagaan, hal-ehwal dan harta itu sebagaimana yang diterangkan dalam perintah itu, dan bagi segala perintah atau arahan Mahkamah Tinggi yang bersampingan atau berdampingan berhubungan dengan perlantikan itu sebagaimana yang, pada pendapat Bank, perlu atau suaimanfaat; atau

(c)

sekiranya institusi itu suatu institusi tempatan berlesen, sama ada sesuatu perintah telah dibuat ataupun tidak di bawah perenggan (a) atau (b), membenarkan Bank mengemukakan suatu petisyen kepada Mahkamah Tinggi untuk menggulungkan institusi itu.

(3)

Sesuatu perintah Bank di bawah subseksyen (1), atau sesuatu perintah Menteri di bawah subseksyen (2), boleh, dari semasa ke semasa, diubahsuaikan, dipinda, diubahpinda, diubah atau digantikan sama ada secara prospektif, atau jika ia bukannya tak praktik atau tak patut untuk berbuat demikian, secara retrospektif, melalui suatu perintah selanjutnya di bawah subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Tiada perintah di bawah subseksyen (1) atau (2), atau menurut kuasa subseksyen (3), boleh dibuat melainkan jika institusi berlesen yang berkenaan dengannya perintah itu hendak dibuat, dan dalam hal sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) (C) atau (D) (i), juga pegawai atau pengarah yang hendak dipecat daripada jawatan, telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi-representasi terhadap, atau selainnya berkenaan dengan, perintah yang dicadangkan itu:

Dengan syarat bahawa jika pada pendapat Bank, dalam hal sesuatu perintah yang hendak dibuat oleh Bank di bawah subseksyen (1), atau menurut kuasa subseksyen (3), atau pada pendapat Menteri yang dibentukkan atas syor Bank, dalam hal suatu perintah yang hendak dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (2), atau menurut kuasa subseksyen (3), apa-apa kelengahan akan memudaratkan kepentingan institusi berlesen, atau pendeposit-pendeposit atau pemiutang-pemiutangnya, atau orang awam secara am, perintah itu boleh dibuat terdahulu dan peluang untuk membuat representasi-representasi terhadap atau selainnya berhubungan dengan perintah itu hendaklah, dalam hal yang sedemikian, diberikan selepas sahaja perintah itu telah dibuat, dan perintah itu boleh, berbangkit daripada representasi-representasi itu sama ada disahkan, atau diubahsuaikan, dipinda, diubahpinda, diubah atau digantikan di bawah subseksyen (3), atau dibatalkan di bawah subseksyen (5), tertakluk kepada apa-apa syarat, jika ada, sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh Bank, dengan persetujuan Menteri, atau oleh Menteri, atas syor Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Sesuatu perintah Bank yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau menurut kuasa subseksyen (3), atau sesuatu perintah Menteri yang dibuat di bawah subseksyen (2), atau menurut kuasa subseksyen (3), boleh pada bila-bila masa dibatalkan melalui suatu perintah yang dibuat oleh Bank mengikut cara yang sama, atau oleh Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan apa-apa perintah tersebut boleh mengandungi segala perintah, arahan atau peruntukan yang bersifat bersampingan, berdampingan atau berbangkit, sebagaimana yang difikirkan perlu atau suaimanfaat oleh Bank atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan.