Malaysia legislation
Section 74
Seksyen 74
(2)
Terma-terma dan syarat-syarat sesuatu perlantikan yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada perintah yang di bawahnya perlantikan itu dibuat, dan kepada subseksyen (1), diputuskan oleh Bank dan hendaklah mengikat institusi berlesen berkenaan.
(3)
Perlantikan pengarah atau pengarah-pengarah di bawah seksyen 73 (1) (D) (ii) tidaklah menjejaskan mana-mana peruntukan dokumen konstituen yang membolehkan institusi berlesen itu mempunyai pengarah-pengarah tambahan jika bilangan pengarah yang dibenarkan di bawah dokumen-dokumen konstituen belum lagi mencapai atau melebihi bilangan maksimum dengan perlantikan atau perlantikan-perlantikan di bawah seksyen 73 (1) (D) (ii).
(4)
Seseorang yang memegang apa-apa jawatan sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidaklah boleh menanggung apa-apa obligasi atau liabiliti semata-mata oleh sebab dia memegang jawatan itu.
(5)
Jika seseorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan sesuatu institusi berlesen oleh Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 73 (2) (b), maka segala kos, caj dan perbelanjaan yang patut, termasuk saraan, penerima atau pengurus itu hendaklah kena dibayar daripada aset-aset institusi berlesen itu dengan diberi kedahuluan daripada segala tuntutan lain.