Malaysia legislation
Section 76
Seksyen 76
(2)
Jika kawalan sesuatu institusi berlesen telah diambil alih menurut suatu perintah di bawah seksyen 73 (2) (a), maka Bank, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus mengawal harta, perniagaan dan hal-ehwal institusi berlesen berkenaan, dan menjalankan perniagaan dan hal-ehwal institusi itu atas nama dan bagi pihak institusi itu, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah tersebut, sehingga suatu masa apabila perintah tersebut dibatalkan di bawah seksyen 73 (5).
(3)
Di sepanjang tempoh kawalan sesuatu institusi berlesen menurut suatu perintah di bawah seksyen 73 (2) (a), maka hendaklah terletakhak pada Bank, atau pada orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, semua kuasa institusi itu, dan pengarah-pengarahnya, di bawah dokumen-dokumen konstituen institusi itu, atau yang boleh dijalankan oleh institusi itu atau pengarah-pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau bagaimana jua pun selainnya, tidak kira sama ada kuasa-kuasa tersebut boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas, atau mengikut apa-apa jua pun cara lain, dan apa-apa jua pun kesulitan yang berbangkit berhubungan dengannya bolehlah diselesaikan oleh Menteri melalui arahan bertulis.
(4)
Selama tempoh berkuatkuasanya sesuatu perintah di bawah seksyen 73 (2) (a), tiada pengarah institusi berlesen yang dimaksudkan oleh perintah itu boleh, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, terlibat dalam apa-apa aktiviti berhubungan dengan institusi itu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Bank, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tiada saraan daripada apa jua jenis boleh terakru atau kena dibayar kepada mana-mana pengarah institusi itu, kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Bank, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubungan dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki atau dibenarkan seperti yang disebutkan terdahulu oleh Bank, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5)
Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sesuatu perintah di bawah seksyen 73 (2) (a) tidaklah mempunyai kesan sebagai memberi kepada, atau meletakhakkan pada, Bank, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa hakmilik kepada, atau apa-apa kepentingan benefisial dalam, apa-apa harta institusi berlesen yang dimaksudkan oleh perintah itu.