Malaysia legislation

Section 78

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 78

(a)

berkemungkinan tak berupaya menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya; atau

(b)

hampir hendak menggantung pembayaran kepada apa-apa takat, maka Bank, dengan persetujuan Menteri, boleh, walau apa pun seksyen 31, tetapi tanpa menjejaskan seksyen 42, Ordinan—

(A)

memberi pinjaman kepada institusi berlesen itu bersandarkan cagaran syer institusi itu sendiri, atau mana-mana syer lain, atau apaapa cagaran lain yang memadai;

(B)

membeli apa-apa syer institusi berlesen itu bagi maksud mengawal perniagaan institusi tersebut; atau

(C)

memberi pinjaman kepada suatu institusi berlesen yang lain untuk membeli apa-apa syer, atau kesemua atau apa-apa bahagian harta dan liabiliti, institusi berlesen yang disebutkan dalam perenggan (a) atau (b).

(2)

Bank, atau institusi berlesen yang kepadanya Bank telah memberi pinjaman di bawah subseksyen (1) (C), hendaklah melupuskan apa-apa syer yang dibeli olehnya menurut subseksyen (1) pada bila-bila masa apabila Bank berpuas hati bahawa sebab-sebabnya yang syer-syer itu dibeli tidak wujud lagi.

(3)

Pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepada Bank di bawah seksyen ini, Bank hendaklah mendapatkan nasihat Panel Penasihat.

Perluasan bidang kuasa di bawah

Bahagian ini kepada