Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(a)
mana-mana kriteria yang ditentukan dalam Jadual Kedua tidak atau belum dipenuhi, atau mungkin tidak atau mungkin belum dipenuhi, berkenaan dengan institusi itu;
(b)
institusi itu telah gagal untuk mematuhi manamana obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini;
(c)
institusi itu telah melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, atau manamana peruntukan lain lesen, atau mana-mana peruntukan Akta ini, atau mana-mana peruntukan Ordinan, tidak kira bahawa tiada pendakwaan telah dibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu;
(d)
Bank telah dibekalkan dengan maklumat palsu, mengelirukan atau tak tepat oleh atau bagi pihak institusi itu, atau oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang adalah atau akan menjadi seorang pengarah, pengawal atau pengurus institusi itu, sama ada berkaitan dengan' permohonan untuk lesen itu, atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen itu;
(e)
kepentingan orang-orang yang berurusniaga dengan institusi itu atau berkemungkinan berurusniaga dengan institusi itu, sebagai pendeposit, atau sebagai pelanggannya dalam apa-apa aspek lain, atau sebagai pemiu-tangnya, atau bagaimana jua pun selainnya, adalah dengan apa-apa jua cara terancam, sama ada dengan cara institusi itu menjalankan atau bercadang menjalankan hal-ehwalnya atau kerana apa-apa sebab lain;
(f)
institusi itu tidak mentransaksikan di Malaysia apa-apa perniagaan yang berkenaan dengannya ia dilesenkan bagi apa-apa tempoh berterusan selama enam bulan, atau bagi apa-apa tempoh yang agregatnya sembilan bulan dalam tempoh berterusan selama dua belas bulan;
(g)
institusi itu telah berhenti menjalankan manamana satu atau lebih bidang perniagaan yang baginya ia dilesenkan;
(h)
suatu komposisi atau perkiraan dengan pemiutang-pemiutang telah dibuat berkenaan dengan institusi itu;
(i)
seorang penerima atau pengurus bagi pengusahaan institusi itu telah dilantik;
(j)
milikan telah diambil, oleh atau bagi pihak pemegang-pemegang bagi mana-mana debentur yang bercagarkan suatu gadaian, mengenai apa-apa harta institusi itu yang termasuk dalam atau tertakluk kepada gadaian itu; atau
(k)
institusi itu tidak mempunyai aset yang cukup untuk menjelaskan liabiliti-liabilitinya.
(2)
Menteri hendaklah membatalkan lesen yang diberikan kepada sesuatu institusi di bawah seksyen 6
(4)
jika ternyata kepada Menteri bahawa—
(a)
suatu perintah penggulungan telah dibuat terhadapnya; atau
(b)
suatu ketetapan bagi penggulungannya secara sukarela telah diluluskan.
(3)
Mana-mana institusi yang tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan Menteri untuk membatalkan lesennya di bawah seksyen ini boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya, merayu terhadap keputusan itu kepada Mahkamah Tinggi yang boleh—
(a)
mengesahkan keputusan Menteri;
(b)
membatalkan keputusan Menteri; atau
(c)
menggantikan keputusan Menteri dengan suatu perintah menghadkan lesen di bawah seksyen 8 mengikut cara yang sama dan takat yang sama seperti Menteri boleh menghadkan sesuatu lesen di bawah seksyen itu.
(4)
Bank hendaklah berhak didengar mengenai rayuan di bawah subseksyen (3).