Malaysia legislation
Section 80
Seksyen 80
(a)
melarang institusi itu daripada menjalankan semua perniagaan berlesennya, atau manamana bahagian daripada perniagaan berlesennya sebagaimana yang diterangkan dalam perintah;
(b)
melarang institusi itu daripada melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan atau fungsi yang berkaitan dengan semua perniagaan berlesennya atau mana-mana bahagian daripada perniagaan berlesennya sebagaimana yang diterangkan dalam perintah;
(c)
membenarkan Bank memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah menangguhkan selama tempoh tidak melebihi enam bulan permulaan atau penerusan semua, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan, tindakan dan prosiding yang bersifat civil oleh atau terhadap institusi itu mengenai semua perniagaan, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan perniagaan, institusi itu;
(d)
menggantung lesen yang diberikan kepada institusi di bawah Akta ini kepada apa-apa takat dan bagi apa-apa tempoh yang perlu untuk melaksanakan larangan-larangan di bawah perenggan (a) atau (b); atau
(e)
mengadakan peruntukan bagi segala perkara itu yang bersifat bersampingan, berdampingan atau berbangkit, atau yang baginya mungkin selainnya perelu atau suaimanfaat diadakan peruntukan, untuk melaksanakan perkara-perkara di bawah perenggan-perenggan yang disebut di atas, termasuk peruntukan-peruntukan bagi mengambil harta, buku-buku, dokumen-dokumen atau barang-barang kegunaan institusi ke dalam jagaan atau kawalan Bank.
(2)
Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh, dari semasa ke semasa, diubahsuaikan, dipinda, diubahpinda, diubah atau digantikan sama ada secara prospektif, atau jika ia bukannya tak praktik atau tak patut untuk berbuat demikian, secara retrospektif, melalui suatu perintah selanjutnya di bawah subseksyen (1).
(3)
Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) tidaklah boleh dibuat melainkan jika institusi telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi-representasi terhadap, atau berhubungan dengan, perintah yang dicadangkan, dengan syarat bahawa jika apa-apa kelengahan akan memudaratkan kepentingan pendeposit-pendeposit, perintah itu boleh dibuat terlebih dahulu, dan peluang untuk membuat representasi-representasi hendaklah diberikan selepas sahaja perintah itu dibuat, dan berbangkit daripada representasi-representasi itu, perintah itu boleh, atas syor Bank, sama ada disahkan, atau diubahsuaikan, dipinda, diubah, diubahpinda, atau digantikan di bawah subseksyen (2), atau dibatalkan di bawah subseksyen (4), oleh Menteri.
(4)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau menurut kuasa subseksyen (2), boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri melalui suatu perintah yang dibuat atas syor Bank, dan apa-apa perintah tersebut boleh mengandungi segala perintah, arahan atau peruntukan yang bersifat berdampingan, bersampingan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Menteri.