Malaysia legislation

Section 81

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 81

(2)

Dalam memutuskan jumlah liabiliti sesuatu institusi berlesen kepada seseorang di bawah subseksyen (1), tiada perkiraan boleh diambil berkenaan dengan sesuatu deposit jika ia telah dibuat dengan institusi itu, atau yang diterima oleh institusi itu, berlanggaran dengan Akta ini selepas tarikh berkuatkuasa, atau jika ia telah selainnya dibuat atau diterima dengan menyalahi undang-undang sama ada sebelum atau selepas tarikh berkuatkuasa.

(3)

Dalam memutuskan jumlah liabiliti sesuatu institusi berlesen kepada seseorang di bawah subseksyen (1), maka hendaklah dipotongkan apa-apa hak tolakan yang telah wujud sebelum sahaja peruntukan-peruntukan subseksyen (1) menjadi terpakai baginya.

(4)

Peruntukan-peruntukan seksyen ini hendaklah mempunyai kuatkuasa walau apa pun apa-apa jua yang tak konsisten dengannya atau berlawanan dengannya dalam mana-mana undang-undang bertulis selain daripada Akta ini, atau dalam mana-mana hukum undang-undang.

Section 81 — BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 1989