Malaysia legislation

Section 82

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 82

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi, dan tugas yang diberikan kepada pegawai penyiasat di bawah Akta ini, dan jika pegawai penyiasat itu bukan seorang pegawai atau pekerja Bank, dia hendaklah, berhubungan dengan kuasa-kuasa, fungsi-fungsi dan tugas-tugas itu—

(a)

menjadi tertakluk kepada; dan

(b)

menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan tanggung rugi yang ditentukan dalam, peruntukan-peruntukan Akta ini, Ordinan atau undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi seseorang pegawai atau pekerja Bank seolah-olah dia adalah seorang pegawai atau pekerja Bank.

(3)

Seseorang pegawai penyiasat hendaklah menjadi tertakluk kepada arahan dan kawalan Gabenor, atau mana-mana pegawai lain Bank sebagaimana yang diberikuasa oleh Gabenor untuk bertindak bagi pihaknya, dan mana-mana pegawai penyiasat atau pegawai-pegawai penyiasat lain yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, dan hendaklah menjalankan kuasakuasanya, melaksanakan fungsi-fungsinya, dan menunaikan tugas-tugasnya yang disebutkan dalam subseksyen (2) dengan mematuhi apa-apa arahan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan yang Gabenor, atau seseorang pegawai Bank yang diberikuasa untuk bertindak bagi pihaknya, atau seseorang pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi, boleh menentukan secara lisan atau secara bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa-apa hal atau hal keadaan tertentu.

(4)

Gabenor, atau mana-mana pegawai Bank yang diberikuasa oleh Gabenor untuk bertindak bagi pihaknya, hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas seseorang pegawai penyiasat.

(5)

Seseorang pegawai penyiasat yang menjalankan apa-apa pemeriksaan ke atas mana-mana orang di bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar kepada orang yang sedang diperiksa.