Malaysia legislation
Section 85
Seksyen 85
Tiada seorang pun boleh—
(a)
enggan memberikan mana-mana pegawai penyiasat yang menjalankan kuasa-kuasanya di bawah sekysen 83 atau 84, akses ke manamana premis atau bahagian premis itu, atau enggan membenarkan dirinya diperiksa;
(b)
menyerang, menggalang, menghalang atau melambat-lambatkan pegawai penyiasat itu masuk sedangkan dia berhak masuk;
(c)
tidak mematuhi apa-apa tuntutan yang sah daripada mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan tugas-tugasnya di bawah seksyen 83 atau 84;
(d)
enggan memberikan kepada seseorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang berkuasa diberikan olehnya;
(e)
tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seseorang pegawai penyiasat, apaapa harta, buku, dokumen lain, atau artikel yang berhubungan dengannya pegawai penyiasat ada alasan-alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini;
(f)
menyelamatkan atau berusaha menyelamatkan apa-apa benda yang telah disita dengan wajar;
(g)
memberi kepada seorang pegawai penyiasat dengan mengatakan sebagai benar maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab bagi mempercayai adalah palsu; atau
(h)
sebelum atau selepas apa-apa penyitaan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk mengelakkannya daripada disita, atau didapatkannya.