Malaysia legislation
Section 88
Seksyen 88
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa-kuasa penyiasatan lain yang diberikan kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, kuasa-kuasa tersebut boleh dijalankan olehnya terhadap—
(a)
mana-mana sekutu perniagaan yang lalu atau sekarang;
(ii)
mana-mana orang yang adalah atau pernah menjadi seorang saudara;
(iii)
mana-mana orang yang telah atau pernah membuat deposit dengan, atau yang adalah atau pernah menjadi seorang pemiutang;
(iv)
mana-mana pengawal yang lalu atau sekarang;
(v)
mana-mana orang yang sedang atau telah bersangkut-paut dengan pengawalan atau pengurusan, keseluruhan atau sebahagian hal-ehwal; atau
(vi)
mana-mana orang yang mempunyai atau pernah mempunyai sesuatu kepentingan dalam syer, atau selainnya mempunyai atau pernah mempunyai sesuatu kepentingan dalam harta, orang yang disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;
(b)
mana-mana sekutu perniagaan atau saudara kepada orang yang disebutkan dalam perenggan (a); atau
(c)
mana-mana badan diperbadankan atau tak diperbadankan yang baginya mana-mana orang yang disebutkan dalam perenggan (a) ialah seorang pengarah atau pegawai atau, jika badan tersebut adalah suatu perbadanan, mempunyai suatu kepentingan dalam syer perbadanan itu.