Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(a)
bahawa terdapat alasan-alasan yang membolehkan Menteri menjalankan kuasanya di bawah seksyen 7(1) untuk membatalkan lesen; tetapi
(b)
bahawa hal keadaan itu tidaklah hingga mematutkan pembatalan, maka Menteri boleh,atas syor Bank,menghadkan lesen dengan—
(A)
mengenakan apa-apa batasan ke atas jangka masanya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri;
(B)
mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Menteri bagi melindungi pendeposit dan pelanggan-pelanggan lain institusi itu, atau bakal pendeposit dan pelanggan-pelanggan lain institusi itu, atau pemiutang-pemiutangnya atau orang-orang lain yang berurusniaga dengannya, atau berkemungkinan menjadi pemiutangnya atau berurusniaga dengannya; atau
(C)
pengenaan kedua-dua batasan dan syarat tersebut.
(2)
Suatu batasan ke atas jangka masa sesuatu lesen tidaklah sedemikian sehingga membenarkan lesen itu terus berkuatkuasa selama lebih daripada tiga tahun dari tarikh batasan itu dikenakan; dan batasan yang sedemikian boleh khususnya dikenakan dalam hal di mana Bank fikirkan bahawa institusi itu patut dibenarkan membayar balik kepada pendepositnya, pelanggan-pelanggannya yang lain, atau pemiutang-pemiutangnya dengan cara yang teratur.
(3)
Syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh, khususnya—
(a)
menghendaki institusi itu supaya mengambil langkah-langkah tertentu atau supaya jangan menerimapakai atau menuruti perjalanan tindakan tertentu atau supaya menghadkan skop perniagaannya dalam suatu cara tertentu;
(b)
mengenakan batasan-batasan atas penyetujuterimaan deposit-deposit, pemberian kemudahan-kemudahan kredit, atau pembuatan pelaburan-pelaburan;
(c)
melarang institusi itu daripada mensolisit deposit, sama ada secara am atau daripada orang-orang yang belum lagi menjadi pendeposit;
(d)
melarang institusi itu daripada membuat apa-apa transaksi atau kelas transaksi lain, atau membuatnya tertakluk kepada apa-apa had atau syarat sebagaimana yang ditentukan;
(e)
menghendaki pemecatan mana-mana pengarah, pengawal atau pengurus;
(f)
menentukan kehendak-kehendak yang akan dipenuhi selain daripada melalui tindakan yang diambil oleh institusi itu; atau
(g)
menentukan apa-apa syarat lain, sama ada serupa atau tidak dengan syarat-syarat yang disebutkan dalam perenggan-perenggan yang disebut di atas, yang difikirkan wajar atau suaimanfaat dikenakan oleh Menteri.
(4)
Apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh diubah atau dibatalkan oleh Menteri atas syor Bank, dan apa-apa batasan yang dikenakan di bawah seksyen ini ke atas jangka masa lesen boleh diübah tetapi tidak sehingga membenarkan lesen itu terus berkuatkuasa bagi tempoh yang lebih lama daripada tempoh yang disebutkan dalam subseksyen (2) dari tarikh yang batasan itu mulamula dikenakan.
(5)
Kegagalan untuk mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi alasan bagi pembatalan lesen itu tetapi tidaklah mentaksahkan apa-apa transaksi.
(6)
Sesuatu institusi yang lesennya dihadkan disebabkan pengenaan batasan ke atas jangka masanya boleh memohon suatu lesen baru di bawah seksyen 5, dan jika lesen baru diberi di bawah seksyen 6 (4), lesen terhad itu hendaklah terhenti berkuatkuasa.