Malaysia legislation
Section 91
Seksyen 91
Jika—
(a)
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sesuatu institusi tak terjadual yang ia adalah suatu badan berkanun;
(b)
dalam hal sesuatu institusi tak terjadual yang bukan suatu badan berkanun, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi institusi-institusi tak terjadual daripada kelas, kategori atau perihalan yang institusi tak berjadual itu tergolong dalamnya, atau dengan tanggungjawab bagi subjek atau perkara yang berhubungan dengan apa-apa perniagaan atau aktiviti yang dijalankan oleh institusi tak terjadual itu; atau
(c)
Pihak Berkuasa Negeri dalam hal—
(i)
sesuatu institusi tak terjadual yang ia adalah suatu badan berkanun yang ditubuhkan melalui undang-undang Negeri atau melalui mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang Negeri; atau
(ii)
apa-apa institusi tak terjadual lain yang terjatuh di bawah tanggungjawab, kuasa, kawalan atau bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri, berpuas hati, selepas membuat apa-apa siasatan yang difikirkan perlu oleh Menteri, atau Pihak Berkuasa Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahawa institusi tak terjadual itu terlibat dalam penyediaan pembaiyaan, sama ada menurut undang-undang atau menyalahi undang-undang, dan bahawa—
(aa) kepentingan-kepentingan pendeposit, pemiutang, atau pelanggan yang ada atau bakalnya bagi institusi tak terjadual adalah dengan apa jua cara terancam, sama ada dengan cara institusi itu menjalankan atau bercadang menjalankan perniagaan atau halehwalnya, atau kerana apa-apa jua sebab lain;
(bb) ia tak berupaya, atau berkemungkinan tak berupaya, menunaikan kesemua atau manamana obligasinya; atau
(cc)
ia telah menggantung, atau hampir hendak menggantung, bayaran kepada apa-apa takat kepada semua atau mana-mana kelas atau
136
kategori pendeposit, pemiutang atau pelanggannya, maka Menteri atau Pihak Berkuasa Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengemukakan suatu laporan mengenai perkara itu kepada Menteri dengan syor supaya disiasat hal-ehwal institusi tak terjadual itu.