Malaysia legislation
Section 92
Seksyen 92
(a)
tidak hendak mengambil apa-apa tindakan mengenai perkara itu, dan memberitahu Menteri atau Pihak Berkuasa Negeri yang mengemukakan laporan itu dengan sewajarnya; atau
(b)
bahawa perlulah menyiasat dan mengawal perniagaan dan hal-ehwal institusi tak terjadual berkenaan untuk melindungi kepentingan-kepentingan pendeposit, pemiutang, pelanggan atau anggota, atau manamana kelas atau kategorinya masing-masing.
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, maka adalah dengan ini diisytiharkan bahawa—
(a)
sebelum Menteri membuat suatu keputusan di bawah subseksyen (1) (b); atau
(b)
sebelum Menteri yang disebutkan dalam seksyen 91 (a) atau (b), atau Pihak Berkuasa Negeri, mengemukakan laporan dan syor di bawah seksyen 91, kepada Menteri, tidaklah perlu bagi Menteri, atau Menteri yang disebutkan dalam seksyen 91 (a) atau (b), atau Pihak Berkuasa Negeri, memberi peluang kepada institusi tak terjadual berkenaan untuk membuat apa-apa jua pun representasi kepada Menteri, atau kepada Menteri yang disebutkan dalam seksyen 91 (a) atau (b), atau kepada Pihak Berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.