Malaysia legislation

Section 96

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 96

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 43 (2), dan tanpa menjejaskan kuasa-kuasa penyelidikan, pemeriksaan, penyiasatan atau siasatan yang diberi kepada Bank atau kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—

(a)

membenarkan Menteri untuk mengarahkan Bank; atau

(b)

membenarkan Bank, supaya menyiasat secara khusus hal-ehwal mana-mana pelanggan individu mana-mana institusi berlesen.

Section 96 — BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 1989