Malaysia legislation

Section 97

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 97

(2)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa maklumat atau dokumen yang pada masa pendedahan itu tersedia ada, atau telahpun tersedia ada, menurut undang-undang kepada orang awam daripada apa-apa sumber selain daripada institusi berlesen itu, atau bagi apa-apa maklumat yang berada dalam bentuk ringkasan atau kumpulan maklumat yang diterangkan mengikut apa-apa cara yang daripadanya itu tidak dapat memastikan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana institusi berlesen tertentu atau mana-mana pelanggan tertentu institusi berlesen itu.

(a)

kepada Bank, atau kepada mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Bank, atau kepada mana-mana orang yang dilantik oleh Bank di bawah seksyen 3 (3), atau kepada Panel Penasihat, jika pendedahan itu adalah bagi maksud menjalankan kuasa-kuasa, melaksanakan fungsi-fungsi, atau menunaikan tugas-tugas Bank, atau pengarah, pegawai atau pekerja bagi Bank, atau bagi orang yang dilantik di bawah seksyen 3 (3), atau bagi Panel Penasihat; atau

(3)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkannya kepada mana-mana orang lain.