Malaysia legislation

Section 99

of AKTA BANK DAN INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN 1989

Seksyen 99

(a)

yang pelanggan, atau wakil dirinya, telah memberi kebenaran secara bertulis untuk didedahkan;

(b)

dalam hal di mana pelanggan diisytiharkan bankrap, atau, jika pelanggan itu suatu perbadanan, perbadanan itu sedang atau telah digulung, di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia;

(c)

jika maklumat itu dikehendaki oleh pihak dalam suatu transaksi komersil secara bona fide, atau dalam suatu transaksi komersil prospektif secara bona fide, yang pelanggan itu juga menjadi satu pihak, untuk mentaksirkan kelayakan kredit pelanggan yang berhubungan dengan transaksi tersebut, dengan syarat bahawa maklumat yang dikehendaki itu adalah bersifat am dan tidak membolehkan butir-butir terperinci mengenai akaun atau hal-ehwal pelanggan itu dipastikan;

(d)

semasa berlangsungnya apa-apa prosiding civil—

(i)

di antara sesuatu institusi berlesen dengan pelanggannya atau penjamin pelanggan yang berhubungan dengan transaksi pelangga dengan institusi itu; atau

(ii)

di antara institusi berlesen itu dengan dua pihak atau lebih yang membuat tuntutan bertentangan mengenai wang dalam akaun pelanggan di mana institusi berlesen itu bertujuan mendapatkan relief dengan cara interplider;

(e)

jika institusi berlesen itu telah disampaikan dengan suatu perintah garnisan yang menahan wang dalam akaun pelanggan;

(f)

jika maklumat itu adalah berkaitan sematamatanya dengan kemudahan-kemudahan kredit yang diberikan oleh cawangan sesuatu bank asing berlesen dan maklumat itu dikehendaki oleh ibu pejabatnya;

(g)

jika pendedahan sedemikian dikehendaki atau dibenarkan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini; atau

(h)

jika pendedahan sedemikian dibenarkan secara bertulis oleh Bank, atau jika pendedahan sedemikian dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang Persekutuan supaya dibuat kepada seorang pegawai polis yang menyiasat mengenai kesalahan yang ditentukan dalam undang-undang itu, dan pendedahan kepada pegawai polis itu adalah, bagaimanapun, terhad kepada akaun dan hal-ehwal orang yang disyaki melakukan kesalahan itu.

(i)

...

(2)

Dalam apa-apa prosiding sivil di bawah subseksyen (1) (b) atau (d) di mana apa-apa maklumat atau dokumen mungkin didedahkan berhubungan dengan akaun seseorang pelanggan, prosiding itu bolehlah, jika mahkamah, atas usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak dalam prosiding itu, memerintahkan sedemikian, diadakan secara tertutup dan, dalam hal yang sedemikian, maklumat atau dokumen itu hendaklah menjadi rahsia di antara mahkamah dengan pihak-pihak dalam prosiding itu, dan tiada pihak itu boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang lain.

(3)

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mahkamah, tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau fotograf mana-mana pihak dalam prosiding sivil itu seperti yang disebutkan dalam subseksyen (2), atau apa-apa maklumat yang mungkin membawa kepada pengenalpastian pihak-pihak dalam prosiding itu, sama ada semasa berlangsungnya prosiding itu atau pada bila-bila masa selepas prosiding itu telah tamat.

Section 99 — BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 1989