Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib
(2)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi—
(a)
penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
(b)
penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menunggu keputusan prosiding tatatertib.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.
(4)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberikan peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding
Lembaga Pembangunan Langkawi 17
tatatertib itu diambil membuat representasi sebelum keputusan diambil oleh Lembaga atas pertuduhan tatatertib terhadap orang itu.