Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Kumpulan Wang
(a)
memberikan pinjaman di bawah seksyen 26;
(b)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk kos dan fi ukur dan guaman dan kos dan fi yang lain, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
(c)
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh
Lembaga Pembangunan Langkawi 19
Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4;
(d)
membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, barang-barang simpanan dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4;
(e)
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
(f)
pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran