Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990

Seksyen 23

(2)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau stok daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat, dengan kelulusan Menteri, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

peruntukan modal kerja;

(b)

pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;

(c)

pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Lembaga di bawah Akta ini;

(d)

penebusan apa-apa syer atau stok yang ia dikehendaki atau berhak menebusnya; dan

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sewajarnya pada akaun modal.

Pelaburan