Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 423
“Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi” ertinya kawasan atau kawasan-kawasan yang ditentukan oleh Menteri mengikut seksyen 9;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 16;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pembangunan Langkawi yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;
“Menteri Besar” ertinya Menteri Besar Kedah
“Negeri” ertinya Negeri Kedah;
“Pengerusi Bersama” ertinya Pengerusi Bersama Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah subseksyen 12 (1) dan termasuklah mana-mana pegawai yang diarahkan di bawah subseksyen 12 (5) untuk melaksanakan tugas
Pengurus Besar;
“perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;
“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4 (1) Akta Syarikat 1965
[Akta 125].
(2)
Sebutan mengenai “Pengerusi” dalam Akta ini hendaklah ditafsirkan, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, sebagai sebutan mengenai Pengerusi Bersama yang bertindak bersesama.
Lembaga Pembangunan Langkawi 9