Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen
(1)
, peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—
(a)
menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara akan ditandatangan atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
(b)
menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga;
(c)
mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh
Lembaga;
(d)
mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara berkaitan dengan syer, stok, bon, debentur atau stok debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh Lembaga adalah perlu atau suai manfaat, dan, khususnya, bagi mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahmilikan, penebusan atau urusan lain mengenai syer, stok, bon, debentur atau stok debentur itu;
(e)
menetapkan cara bagaimana dan terma dan syarat yang atasnya pinjaman boleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 26; dan
(f)
mengadakan peruntukan pada amnya mengenai pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah peruntukan Akta ini.
(3)
Peraturan-peraturan di bawah seksyen ini—
Lembaga Pembangunan Langkawi 25
(a)
boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; dan
(b)
boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan itu, dan penalti itu tidak boleh melebihi satu ribu ringgit.
Perkara yang dilakukan dengan menjangkakan Akta ini akan diperbuat