Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(2)
Menteri hendaklah, enam bulan sebelum Akta ini terhenti berkuat kuasa, memberikan arahan tentang penggulungan dan pembubaran
Lembaga, termasuk arahan berkenaan dengan perbadanan dan syarikat, jika ada, yang ditubuhkan di bawah Akta ini.
(3)
Apabila Lembaga terbubar—
(a)
segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah turun kepada Kerajaan;
(b)
segala tanah yang terletak hak pada Lembaga hendaklah terletak hak—
(i)
berkenaan dengan tanah yang diambil menurut seksyen 28, dan tanah yang telah dibeli oleh
Lembaga, pada *Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan; dan
(ii)
berkenaan dengan tanah Kerajaan yang telah diberi milik kepada Lembaga oleh Pihak Berkuasa Negeri, pada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, bagi maksud Negeri, dengan syarat bahawa suatu amaun pampasan sebagaimana yang dipersetujui antara
Kerajaan Persetujuan dengan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah dibayar kepada Kerajaan Persekutuan oleh Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan apa-apa pembangunan yang dibuat oleh Lembaga di atas tanah tersebut;
*CATATAN—Jawatan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan adalah sekarang dikenali sebagai Pengarah Am
Tanah Dan Galian (Persekutuan)- lihat P.U. (B) 324/1970
Lembaga Pembangunan Langkawi 27
(c)
segala harta dan aset Lembaga, selain tanah, yang terletak hak pada Lembaga atau mana-mana orang lain bagi pihak
Lembaga, hendaklah terletak hak pada Kerajaan;
(d)
apa-apa surat ikatan, bon, perjanjian, atau surat cara yang
Lembaga menjadi satu pihak kepadanya hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Kerajaan telah menggantikan Lembaga sebagai satu pihak kepadanya dan seolah-olah apa-apa sebutan di dalamnya mengenai Lembaga adalah sebutan mengenai Kerajaan;
(e)
segala prosiding sivil atau kausa tindakan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan.
(4)
Tertakluk kepada subseksyen (3), penggulungan Lembaga hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditentukan oleh Menteri.
(5)
Jika timbul apa-apa kesulitan atau anomali berkaitan dengan pelaksanaan peruntukan subseksyen (3) Menteri boleh, melalui perintah, membuat apa-apa ubah suaian di dalamnya yang didapatinya perlu untuk menghapuskan kesulitan atau anomali itu.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 423