Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990

Seksyen 3

Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama

“Lembaga

Pembangunan

Langkawi”

yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, mengikut apa-apa syarat yang difikirkannya patut.