Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI 1990

Seksyen 4

Fungsi Lembaga

(a)

memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam

Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi;

(b)

memajukan dan menggalakkan Kawasan Lembaga

Pembangunan Langkawi sebagai destinasi pelancongan dan kawasan bebas duti;

(c)

memajukan menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersil dalam Kawasan

Lembaga Pembangunan Langkawi; dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 423

(d)

menyelaras pelaksanaan aktiviti yang tersebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) dalam Kawasan Lembaga

Pembangunan Langkawi.

(2)

Lembaga adalah berkuasa melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas—

(a)

menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang berhubungan dengan pelancongan, aktiviti yang bersifat komersil atau perindustrian dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;

(b)

mendayausahakan kajian permulaan mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula boleh dilaksanakan;

(c)

bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama dengan atau bagi pihak, Kerajaan

Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;

(d)

memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktiviti sedemikian oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;

(e)

dengan kelulusan

Menteri, menubuhkan atau memperkembangkan, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti sedemikian

Lembaga Pembangunan Langkawi 11

sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa

Lembaga atau secara bebas;

(f)

memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain, yang didapati oleh

Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti sedemikian, termasuk, dengan kelulusan Menteri, bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman atau melalui pinjaman atau selainnya;

(g)

dengan kelulusan Menteri, mengunderait atau dengan apa-apa cara lain memperolehi apa-apa stok dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan

Menteri;

(h)

menghendaki jabatan kerajaan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menjalankan atau bercadang hendak menjalankan pembangunan dalam Kawasan

Lembaga Pembangunan Langkawi mengemukakan laporan yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang ditentukan oleh Lembaga mengenai aktivitinya atau aktiviti cadangannya;

(i)

dengan kelulusan Menteri, melupuskan aset modal dan menggunakan hasil daripada pelupusan itu sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri;

(j)

melantik ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;

(k)

mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;

(l)

mengawal selia, menyelaraskan dan mengusahakan pembangunan, termasuk pembangunan infrastruktur,

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 423

dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Langkawi;

dan

(m)

melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.

(3)

Tertakluk kepada seksyen 8, adalah menjadi tanggungjawab

Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan pelancongan, pelaburan dan pertukaran wang asing dalam Kawasan

Lembaga Pembangunan Langkawi.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Lembaga hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Kerajaan Negeri sebelum melaksanakan apa-apa fungsinya yang melibatkan perancangan pembangunan.

Keanggotaan Lembaga