Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990

Seksyen 10

Kumpulan Wang boleh digunakan untuk―

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh

Pihak Berkuasa Bersama dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya mengikut peruntukan belanjawan yang diluluskan dan tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15;

(b)

menjelaskan apa-apa wang yang dipinjam oleh Pihak

Berkuasa Bersama di bawah perenggan 12(1)(c), termasuk bunga dan belanja lain yang bersampingan dengan pinjaman itu;

(c)

apa-apa pelaburan yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa

Bersama tertakluk kepada kelulusan Kerajaan-Kerajaan;

dan

(d)

tertakluk kepada seksyen 11, pembayaran wang yang sama banyak amaunnya kepada Kerajaan-Kerajaan daripada pendapatan yang terakru kepada Pihak Berkuasa

Bersama selepas ditolak perbelanjaan yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) termasuk apa-apa perbelanjaan lain yang dipersetujui oleh Kerajaan-Kerajaan.

Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 13

Kumpulan wang rizab

Section 10 — MALAYSIA-THAILAND JOINT AUTHORITY ACT 1990