Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990

Seksyen 20

Tertakluk kepada seksyen 22, mana-mana orang, termasuk pengarah atau pegawai sesuatu pertubuhan perbadanan, yang bertindak dengan melanggar subseksyen 14 (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya, dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas hari pertama yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan; dan apa-apa jentera, perkakas, loji, bangunan dan harta atau benda lain yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dikenakan lucut hak.

Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 21