Malaysia legislation

Section 102

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 102

Jika menurut Akta ini, notis khas dikehendaki bagi suatu ketetapan, ketetapan itu tidaklah boleh berkuat kuasa melainkan jika notis mengenai niat hendak mengusulkannya telah diberi kepada syarikat Labuan itu tidak kurang daripada dua puluh lapan hari sebelum mesyuarat di mana ketetapan itu diusulkan, dan syarikat itu hendaklah memberi kepada anggota notis mengenai apa-apa ketetapan sedemikian pada masa dan mengikut cara yang sama sebagaimana notis mengenai mesyuarat itu diberikan atau, jika ia tidak praktik, hendaklah memberi mereka notis mengenai ketetapan

Syarikat Labuan 121

itu, mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh perkara, tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat itu, tetapi jika selepas notis mengenai niat hendak mengusulkan ketetapan itu telah diberi kepada syarikat itu, suatu mesyuarat dipanggil pada suatu tarikh yang dua puluh lapan hari atau kurang selepas notis itu telah diberikan, notis itu, walaupun tidak diberikan kepada syarikat itu dalam masa yang dikehendaki oleh seksyen ini, hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sempurna.

Section 102 — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my