Malaysia legislation
Section 105
Seksyen 105
(a)
nama, kerakyatan dan alamat, dan apa-apa maklumat dan butir-butir lain yang relevan mengenai anggota, dan suatu pernyataan mengenai syer yang dipegang oleh setiap anggota, dengan membezakan setiap syer melalui nombornya (jika ada) atau melalui nombor (jika ada)
perakuan yang membuktikan pemegangan anggota itu dan
122
Undang-Undang Malaysia mengenai amaun yang dibayar atau yang dipersetujui untuk dianggap telah dibayar ke atas syer setiap anggota;
(b)
tarikh yang nama setiap orang telah dicatatkan di dalam daftar sebagai seorang anggota;
(c)
tarikh yang mana-mana orang yang terhenti menjadi anggota dalam masa tujuh tahun yang dahulunya telah terhenti menjadi anggota sedemikian; dan
(d)
tarikh tiap-tiap pengumpukan syer kepada anggota dan bilangan syer yang terkandung dalam setiap pengumpukan.
(2)
Daftar anggota hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai apa-apa perkara yang dimasukkan di dalamnya sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini.
(3)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini oleh suatu syarikat Labuan, syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: *Lima puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.
Di mana daftar hendak disimpan