Malaysia legislation

Section 108

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 108

Kuasa Mahkamah untuk membetulkan daftar

(a)

nama mana-mana orang, tanpa sebab yang mencukupi, dicatatkan di dalam atau di tinggalkan daripada daftar; atau

(b)

berlaku keingkaran atau terjadi kelengahan yang tidak berpatutan dalam mencatatkan ke dalam daftar itu, fakta mengenai mana-mana orang yang telah terhenti menjadi seorang anggota, orang yang terkilan atau mana-mana anggota syarikat itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk membetulkan daftar itu, dan

Mahkamah boleh menolak permohonan itu atau boleh memerintahkan pembetulan daftar itu dan memerintahkan syarikat itu membayar apa-apa ganti rugi yang dialami oleh mana-mana pihak kepada permohonan itu.

(2)

Mahkamah boleh, atas apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1), memutuskan —

(a)

apa-apa persoalan yang berhubung dengan hak atau hak milik mana-mana orang yang adalah suatu pihak kepada permohonan supaya namanya dicatatkan di dalam atau ditinggalkan daripada daftar itu, sama ada persoalan itu timbul di antara anggota atau anggota yang dikatakan di suatu pihak dan syarikat Labuan itu di suatu pihak yang lain; dan 124

Undang-Undang Malaysia

(b)

secara amnya, apa-apa persoalan yang perlu atau suai manfaat untuk diputuskan bagi pembetulan daftar itu.

(3)

Mahkamah apabila membuat suatu perintah bagi pembetulan daftar itu, hendaklah melalui perintahnya, mengarahkan suatu notis mengenai pembetulan itu diserahkan kepada Lembaga.

(4)

Tiada permohonan bagi pembetulan sesuatu daftar berkenaan dengan suatu catatan yang telah dibuat di dalam daftar lebih daripada tiga puluh tahun sebelum tarikh permohonan itu boleh dilayan oleh

Mahkamah.

Pemunya benefisial syarikat Labuan