Malaysia legislation
Section 108A
Seksyen 108A
Dalam Akta ini, “pemunya benefisial” ertinya orang sebenar yang memiliki atau mengawal sesuatu syarikat Labuan atau syarikat
Labuan asing, secara keseluruhan atau sebahagian, melalui pemilikan langsung atau tidak langsung atau kawalan syer atau hak mengundi atau kepentingan pemilikan lain dalam syarikat Labuan atau syarikat
Labuan asing itu, atau yang menjalankan kawalan dan pengaruh yang berkesan dalam syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.