Malaysia legislation

Section 108B

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 108B

Kuasa syarikat untuk menghendaki penzahiran maklumat pemunya benefisial

(2)

Mana-mana syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana anggota syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing yang syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa anggota itu ialah pemunya benefisial berhubung dengan syarikat Labuan atau syarikat

Labuan asing—

Syarikat Labuan 125

(a)

untuk menyatakan sama ada dia seorang pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu;

(b)

untuk menyatakan sama ada dia mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu seorang pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu atau mungkin mempunyai pengetahuan itu dan untuk memberikan butir-butir orang itu yang berada dalam pengetahuannya; dan

(c)

untuk memberikan maklumat lain dalam masa yang munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Jika sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing dimaklumkan atau mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, bahawa mana-mana orang lain itu adalah seorang pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat

Labuan asing itu, atau mungkin mempunyai pengetahuan itu, syarikat

Labuan atau syarikat Labuan asing itu boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang lain itu—

(a)

untuk menyatakan sama ada dia seorang pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu;

(b)

untuk menyatakan sama ada dia mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu seorang pemunya benefisial syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu, atau mungkin mempunyai pengetahuan dan untuk memberikan butir-butir bagi orang itu yang berada dalam pengetahuannya; dan

(c)

untuk memberikan maklumat lain dalam masa yang munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(4)

Mana-mana syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana anggota syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing untuk memaklumkan syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing, dalam masa yang

126

Undang-Undang Malaysia munasabah, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis, sama ada pemilikan atau kawalan anggota dalam syarikat Labuan atau syarikat

Labuan asing itu tertakluk pada suatu perjanjian atau perkiraan di bawahnya yang orang lain berhak untuk mengawal penjalanan hak atau kepentingan anggota dan jika demikian, untuk memberikan butir-butir perjanjian atau perkiraan dan pihak kepada perjanjian atau perkiraan itu.

(5)

Seseorang setiausaha pemastautin sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah memastikan bahawa syarikat

Labuan atau syarikat Labuan asing itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.

(6)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat

Labuan, syarikat Labuan asing dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan kesalahan di bawah Akta ini.

Tanggungjawab untuk menyerahkan maklumat kepada

Lembaga

Section 108B — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my