Malaysia legislation
Section 108E
Seksyen 108E
(2)
Sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah, dalam masa tiga puluh hari mengenai apa-apa perubahan kepada butir-butir yang disimpan di bawah subseksyen (1), menyerahkan kepada Lembaga perubahan itu dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), perubahan berlaku jika—
128
Undang-Undang Malaysia
(a)
seseorang terhenti menjadi pemunya benefisial berhubung dengan syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu;
(b)
apa-apa perubahan lain yang mengakibatkan butir-butir yang ditetapkan mengenai pemunya benefisial dalam daftar anggota tidak betul atau tidak lengkap;
(c)
terdapat apa-apa perubahan kepada butir-butir pemegang syer yang terkandung dalam daftar; atau
(d)
seseorang terhenti daripada menjadi, atau menjadi, pemegang syer syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu.
(4)
Seseorang setiausaha pemastautin sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing hendaklah memastikan syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.
(5)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini atau jika syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Lembaga di bawah seksyen ini, syarikat Labuan, syarikat Labuan asing dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Kuasa
Lembaga untuk menghendaki penyerahan dan pemeriksaan