Malaysia legislation
Section 108F
Seksyen 108F
(2)
Mana-mana syarikat Labuan, syarikat Labuan asing, setiausaha pemastautin atau orang yang disampaikan kepadanya dengan notis di
Syarikat Labuan 129
bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis itu dalam masa tujuh hari penerimaan notis itu.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga boleh menggunakan kuasanya di bawah seksyen 28B dan 28C Akta Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 berhubung dengan butir-butir dan maklumat pemunya benefisial yang disimpan oleh syarikat
Labuan atau syarikat Labuan asing menurut Penggal ini.
(4)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat
Labuan, syarikat Labuan asing atau setiausaha pemastautin dan tiap-tiap pegawai itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini.
Penalti: Satu juta ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda lanjut sebanyak sepuluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(5)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, orang yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: Pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tiga juta ringgit atau kedua-duanya, dan dalam kes kesalahan yang berterusan, boleh didenda lanjut sebanyak sepuluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kuasa Lembaga untuk mengeluarkan garis panduan