Malaysia legislation

Section 109

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 109

(2)

Penyata tahunan itu hendaklah mengikut bentuk yang ditetapkan bagi maksud itu atau yang seberapa hampir dengannya sebagaimana hal keadaan membenarkan dan hendaklah ditarikhkan tidak lebih awal daripada empat belas hari sebelum tarikh penyerahannya.

(3)

Penyata tahunan yang ditandatangani oleh seorang pengarah atau setiausaha syarikat itu hendaklah diserahkan kepada Labuan, sekali dalam setiap tahun kalendar, tidak lewat daripada tiga puluh hari sebelum ulang tahun tarikh pemerbadanan syarikat itu.

(4)

Sesuatu syarikat Labuan yang tidak mempunyai modal syer hendaklah menyerahkan kepada Lembaga suatu penyata dalam bentuk yang ditetapkan yang mengandungi butir-butir yang disebut dalam subseksyen (5) dan dibuat mengikut subseksyen (3).

(5)

Penyata sesuatu syarikat Labuan yang tidak mempunyai modal syer hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

alamat pejabat berdaftar syarikat Labuan itu;

(b)

jika daftar anggota disimpan di tempat lain daripada pejabat berdaftar syarikat Labuan itu, alamat tempat di mana daftar itu disimpan;

Syarikat Labuan 131

(c)

butir-butir mengenai jumlah amaun keberhutangan syarikat

Labuan itu berkenaan dengan semua caj, sama ada dikehendaki didaftarkan dengan Lembaga atau tidak;

(d)

semua butir-butir berkenaan dengan orang yang pada hari penyata itu dibuat adalah pengarah, pengurus atau setiausaha syarikat

Labuan itu sebagaimana yang dikehendaki supaya terkandung dalam daftar pengarah, pengurus dan setiausaha;

(e)

nama dan alamat juruaudit syarikat Labuan itu; dan

(f)

apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan akaun syarikat Labuan itu.

(6)

Jika sesuatu syarikat Labuan gagal mematuhi seksyen ini, syarikat dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit. Penalti ingkar.