Malaysia legislation

Section 110

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 110

(2)

Tiap-tiap syarikat dan pengarah syarikat itu hendaklah menyebabkan catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain syarikat itu dalam masa sembilan puluh hari selepas selesainya transaksi yang berhubung dengan rekod itu.

132

Undang-Undang Malaysia

(3)

Rekod perakaunan dan rekod lain suatu syarikat Labuan hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu atau di mana-mana tempat lain di Labuan sebagaimana difikirkan patut oleh pengarah dan rekod itu hendaklah pada bila-bila masa terbuka untuk pemeriksaan mana-mana pengarah dan hendaklah disimpan mengikut cara yang akan membolehkan rekod itu diaudit dengan mudah dan sempurna.

(3A)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen (1), (2)

atau (3), pengarah syarikat Labuan yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: Lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Lembaga boleh, dalam apa-apa hal tertentu, mengarahkan supaya rekod perakaunan dan rekod lain suatu syarikat Labuan dibuka untuk pemeriksaan oleh seorang juruaudit diluluskan yang bertindak bagi pihak seorang pengarah, tetapi hanya apabila suatu aku janji bertulis diberikan kepada Lembaga bahawa maklumat yang diperoleh oleh juruaudit itu semasa pemeriksaannya tidak akan didedahkan olehnya kecuali kepada pengarah itu.

(5)

Mana-mana pengarah suatu syarikat Labuan yang gagal untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk menjamin syarikat itu mematuhi kehendak seksyen ini, atau seorang pengarah pemastautin yang dengan tindakan sengajanya telah menyebabkan apa-apa keingkaran oleh syarikat itu di bawah seksyen tersebut, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Akaun yang diaudit hendaklah dibentangkan di mesyuarat

Section 110 — AKTA SYARIKAT LABUAN 1990 | mylaw.my