Malaysia legislation
Section 111
Seksyen 111
(1A)
Sesuatu syarikat Labuan hendaklah menyerahkan kepada
Lembaga suatu perakuan tahunan daripada seorang pengarah dalam masa tiga puluh hari selepas akaun dibentangkan di hadapan syarikat itu pada suatu mesyuarat anggota yang menyatakan bahawa dia telah menimbangkan akaun teraudit dan akaun tidak teraudit yang disebut dalam subseksyen (1) dan memperakukan, dengan atau tanpa syarat—
(a)
bahawa akaun itu menunjukkan bahawa syarikat itu solven pada tarikh akaun itu dibuat;
(b)
bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa hal keadaan yang boleh menjadikan akaun itu tidak benar; dan
(c)
bahawa tiada hal keadaan telah berlaku semenjak tarikh yang padanya akaun itu dibuat yang boleh menjadikan syarikat itu tidak solven, dan jika perakuan itu tidak boleh diberikan tanpa syarat, aspek yang menjadikannya bersyarat hendaklah dihuraikan.
(2)
Suatu salinan akaun teraudit yang dibentangkan di mesyuarat anggota syarikat bersama dengan resolusinya yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada Lembaga dalam masa satu bulan daripada tarikh ia dibentangkan.
(2A)
Suatu syarikat Labuan hendaklah menyerahkan kepada
Lembaga suatu perakuan daripada juruaudit yang diluluskan dalam masa tiga puluh hari selepas akaun itu dibentangkan di hadapan syarikat itu pada suatu mesyuarat anggota yang menyatakan bahawa —
(a)
akaun sebenar syarikat itu bagi tempoh kewangan yang berakhir pada tarikh yang dinyatakan telah disimpan dan suatu kunci kira-kira dan akaun untung rugi bagi tempoh itu telah disediakan dan diaudit oleh juruaudit itu; dan
(b)
pengarah yang memberikan perakuan di bawah subseksyen
(1A)
telah diberikan suatu salinan akaun itu.
(2B)
Juruaudit yang diluluskan hendaklah memegang selama tujuh tahun suatu salinan akaun yang berkenaan dengan perakuannya.
134
Undang-Undang Malaysia
(2C)
Walau apa pun tempoh masa yang dikenakan dalam subseksyen (1) dan (2), Lembaga boleh, atas permohonan syarikat
Labuan itu, jika bagi apa-apa sebab khas yang difikirkannya patut dibuat sedemikian, melanjutkan tempoh masa walaupun tempoh yang dilanjutkan sedemikian melangkaui tahun kalendar itu.
(3)
Jika keingkaran berlaku pada mematuhi subseksyen (2) atau
(2A)
, syarikat Labuan itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penalti: *Lima puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.
Akaun yang diaudit hendaklah dihantar kepada anggota