Malaysia legislation
Section 113
Seksyen 113
(a)
ia dikehendaki untuk berbuat demikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain di Labuan yang berkenaan dengan perkhidmatan kewangan;
(b)
perkaranya memperuntukkan sedemikian; atau
(c)
ia membuat suatu tawaran untuk memohon beli atau membeli, atau mengeluarkan suatu pelawaan untuk memohon beli atau membeli, sekuriti menurut subseksyen 8(1) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 dan tawaran atau pelawaan itu tidak dikecualikan di bawah subseksyen 8(5) Akta itu, atau di bawah subseksyen 13(1) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam
Labuan 2010 dan tawaran atau pelawaan itu tidak dikecualikan di bawah subseksyen 13(5) Akta itu.
(1A)
Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga boleh, jika ia berpuas hati bahawa terdapat pelanggaran seksyen 110 atau 111 atau selainnya bahawa adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, melalui notis bertulis kepada sesuatu syarikat yang dikecualikan di bawah salah satu seksyen itu, menghendaki syarikat itu untuk menyerahkan dengannya, dalam apa-apa tempoh masa yang dinyatakan dalam notis itu —
(a)
akaunnya yang telah diaudit dengan sewajarnya oleh juruaudit atau juruaudit-juruaudit syarikat itu atau, jika tiada juruaudit dilantik, juruaudit atau juruaudit-juruaudit yang dilantik oleh pengarah-pengarah syarikat itu bagi maksud ini; dan 136
Undang-Undang Malaysia
(b)
laporan juruaudit yang disebut dalam seksyen 117
berhubung dengan akaun yang disediakan oleh juruaudit atau juruaudit-juruaudit syarikat itu.
(2)
Suatu syarikat Labuan hendaklah, apabila ia melantik seorang juruaudit, menyerahkan kepada Lembaga, dalam masa tiga puluh hari daripada pelantikan itu, suatu notis mengenainya dalam borang yang ditetapkan berserta persetujuan bertulis juruaudit itu.
(3)
Mana-mana pengarah suatu syarikat Labuan yang gagal untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk menjamin pematuhan oleh syarikat itu dengan kehendak seksyen ini atau pengarah pemastautin yang dengan tindakan sengajanya telah menyebabkan apa-apa keingkaran oleh syarikat itu di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.