Malaysia legislation
Section 117
Seksyen 117
Hak dan kewajipan juruaudit
(2)
Tiap-tiap juruaudit suatu syarikat Labuan berhak untuk dikemukakan kepadanya suatu salinan memorandum dan perkara syarikat itu dan hendaklah membiasakan dirinya dengan terma dan syarat yang terkandung di dalamnya.
(3)
Jika seseorang juruaudit dalam melaksanakan kewajipannya sebagai juruaudit sesuatu syarikat Labuan berpendapat bahawa suatu kesalahan serius yang melibatkan fraud atau kecurangan sedang atau
138
Undang-Undang Malaysia telah dilakukan terhadap syarikat Labuan itu atau terhadap Akta ini oleh pegawai syarikat Labuan itu, dia hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu secara bertulis kepada Lembaga.
(4)
Tiada kewajipan yang boleh dipertanggungkan ke atas juruaudit sesuatu syarikat Labuan boleh dikira sebagai telah dilanggari hanya kerana dia melaporkan perkara yang disebut dalam seksyen ini secara suci hati kepada Lembaga.