Malaysia legislation

Section 118

of *AKTA SYARIKAT LABUAN 1990

Seksyen 118

(a)

suatu penyusunan semula atau pembentukan semua syarikat

Labuan yang diperbadankan di bawah Akta ini;

(b)

suatu penyatuan atau percantuman satu atau lebih syarikat

Labuan dengan satu atau lebih syarikat Labuan lain, jika syarikat yang masih hidup itu atau syarikat yang dicantumkan itu adalah satu syarikat Labuan;

(c)

pemisahan dua atau lebih perniagaan yang dijalankan oleh suatu syarikat Labuan;

(ca) suatu penyatuan atau percantuman satu syarikat Labuan atau lebih dengan satu perbadanan atau lebih; atau

(d)

apa-apa gabungan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (ca).

(2)

Pengarah suatu syarikat Labuan boleh, melalui ketetapan pengarah, meluluskan suatu pelan perkiraan yang mengandungi butir-butir perkiraan yang dicadangkan itu.

(3)

Apabila pelan perkiraan itu diluluskan oleh pengarah, syarikat

Labuan itu hendaklah membuat suatu permohonan kepada

Syarikat Labuan 139

Mahkamah untuk mendapatkan kelulusan bagi perkiraan yang dicadangkan itu.

(4)

Mahkamah boleh, apabila suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (3), membuat perintah interim atau muktamad, dan dalam membuat perintah itu Mahkamah boleh —

(a)

menentukan apa-apa notis, jika ada, yang hendak diberikan kepada mana-mana orang mengenai perkiraan yang dicadangkan itu;

(b)

menentukan sama ada kelulusan mana-mana orang patut didapati mengenai perkiraan yang dicadangkan itu dan cara mendapatkan kelulusan itu;

(c)

menentukan sama ada mana-mana pemegang syer, obligasi hutang atau sekuriti lain syarikat itu boleh menentang perkiraan yang dicadangkan itu dan menerima bayaran nilai syernya, obligasi hutangnya atau sekuriti lainnya;

(d)

menjalankan suatu pembicaraan dan membenarkan mana-mana orang berkepentingan hadir; dan

(e)

meluluskan atau menolak pelan perkiraan sebagaimana dicadangkan atau meluluskan pelan itu dengan pindaan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah:

Dengan syarat bahawa Mahkamah berpuas hati bahawa kehendak undang-undang bidang kuasa yang dalamnya perbadanan itu diperbadankan, didaftarkan atau ditubuhkan untuk membolehkannya meneruskan perkiraan itu telah dipatuhi.

(5)

Jika Mahkamah membuat perintah meluluskan pelan perkiraan itu, pengarah syarikat Labuan itu, jika mereka masih berhasrat untuk melaksanakan pelan itu, hendaklah mengesahkan pelan perkiraan itu sebagaimana diluluskan oleh Mahkamah, sama ada atau tidak

Mahkamah telah memerintahkan supaya apa-apa pindaan dibuat kepada pelan perkiraan itu.

140

Undang-Undang Malaysia

(6)

Pengarah syarikat Labuan itu, apabila telah mengesahkan pelan perkiraan itu hendaklah —

(a)

memberi notis kepada orang yang kepadanya Mahkamah menghendaki notis diberi; dan

(b)

menyerahkan pelan perkiraan itu kepada orang itu untuk kelulusan mereka jika dikehendaki oleh perintah Mahkamah itu.

(7)

Setelah pelan perkiraan itu diluluskan oleh orang yang daripadanya kelulusan dikehendaki oleh perintah Mahkamah itu, perkara perkiraan itu hendaklah dilaksanakan oleh syarikat Labuan dan hendaklah mengandungi —

(a)

pelan perkiraan itu;

(b)

perintah Mahkamah yang meluluskan pelan perkiraan itu;

dan

(c)

cara bagaimana pelan perkiraan itu telah diluluskan, sekiranya kelulusan dikehendaki oleh perintah Mahkamah.

(8)

Perkara perkiraan itu hendaklah diserahkan kepada Lembaga yang hendaklah menyimpan dan mendaftarkannya dalam daftar.

(9)

Apabila perkara perkiraan itu didaftarkan, Lembaga hendaklah mengeluarkan suatu perakuan di bawah meterainya yang memperakukan bahawa perkara perkiraan itu telah didaftarkan.

(10)

Suatu perakuan perkiraan itu yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (9) hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pematuhan semua kehendak Akta ini yang berkenaan dengan perkiraan itu.

(11)

Suatu perkiraan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perkara perkiraan itu didaftarkan oleh Lembaga atau pada apa-apa tarikh kemudian daripada itu, yang tidak melebihi tiga puluh hari dari tarikh perkara perkiraan itu didaftarkan dengan Lembaga sebagaimana dinyatakan dalam perkara perkiraan itu.

Syarikat Labuan 141

Percantuman